Bismillahirrahmanirrahim..
Seandainya ada
komitmen yang sepatutnya terhadap dakwah, maka jarang kedapatan aktivis dakwah
yang keguguran di pertengahan jalan dan dakwah akan mampu bergerak dalam
merealisasikan tujuan-tujuannya dengan langkah yang pasti dan meyakinkan.
Seandainya ada
komitmen yang sepatutnya terhadap dakwah, maka hati akan mejadi bersih, akal
akan bersatu sehingga sedikit sahaja individu yang mendahulukan akalnya serta
memaksa untuk mengikuti pendapatnya.
Seandainya ada
komitmen yang sepatutnya terhadap dakwah, maka akan tersebarlah sikap
toleransi, saling mencintai, saling menguatkan antara satu sama lain. Ini akan
menjadikan saf utuh ibarat bangunan yang kukuh iaitu sebahagian menguatkan
sebahagian yang lain.
Seandainya ada
komitmen yang sepatutnya terhadap dakwah, maka para aktivis dakwah akan
memiliki sikap yang sama di manapun posisi mereka, samada di depan atau di
belakang, menjadi pemimpin yang ditaati atau menjadi pengikut yang tersembunyi
di belakang.
Seandainya ada
komitmen yang sepatutnya terhadap dakwah, maka aktivis dakwah akan berlapang
dada dalam mempersepsi kekhilafan saudaranya, tidak ada hasad dengki serta
permusuhan.
Seandainya ada
komitmen yang sepatutnya terhadap dakwah, maka akan tersebarlah sikap saling
memaafkan, tidak ada hasad dengki dan dendam kesumat, selalu berfikiran terbuka
dan berlapang dada.
Seandainya ada
komitmen yang sepatutnya terhadap dakwah, maka aktivis dakwah tidak akan lalai
dalam menunaikan kewajipan dan melaksanakan taklifan bahkan akan sentiasa
berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan dan menggapai darjat yang tinggi
melangit.
Seandainya ada
komitmen yang sepatutnya terhadap dakwah, maka aktivis dakwah akan mengurus
masa dngan baik, tidak ada masa yang terbuang sia-sia oleh aktivis dakwah. Ini kerana
dia selalu dalam keadaan bermunajat kepda TuhanNya, sedang berjihad di medan
dakwah, sedang menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran, sedang mendidik anak
dan isterinya di rumah, sedang mengisi slot-slot pengajian, serta memberi
peringatan kepada manusia lain di masjid.
Seandainya ada
komitmen yang sepatutnya terhadap dakwah, maka aktivis dakwah akan sentiasa
berlumba-lumba untuk menunaikan kewajipan mengeluarkan infaq dakwah dan sudah
pasti tidak timbul keraguan lagi. Slogannya adalah berbunyi : “Apa yang ada di
tangan kamu akan musnah dan apa yang ada di sisi Allah akan tetap kekal abadi."
Seandainya ada
komitmen yang sepatutnya terhadap dakwah, maka aktivis dakwah akan mempunyai
sikap selalu mendengar dan taat setia, tidak ada keraguan apalagi bangga diri
dan memaksakan pendapat peribadi.
Seandainya ada
komitmen yang sepatutnya terhadap dakwah, maka aktivis dakwah akan sentiasa ada
pengorbanan yang besar untuk dakwah dan mendekatkan diri kepada Allah, bukannya
pengorbanan untuk peribadi dan hawa nafsu semata-mata.
Seandainya ada
komitmen yang sepatutnya terhadap dakwah, maka aktivis dakwah akan sentiasa ada
kepercayaan daripada pengikut terhadap pemimpinnya dan dia akan siap siaga
melaksanakan arahan-arahan yang diberikan.
Seandainya ada
komitmen yang sepatutnya terhadap dakwah, maka aktivis dakwah akan menangis
kerana tidak mampu untuk mengoptimumkan keringat dalam melakukan kewajipan,
akan bersemangatlah orang-orang yang bersungguh-sungguh untuk menambah pahala
dengan lebih banyak lagi.
Suatu Persoalan :
Bagaimana seandainya
kita bertanya kepada diri kita : “ Bagaimana komitmen saya terhadap dakwah?”
Sudah tentu jawapan yang muncul ada dua bentuk iaitu sebahagian mengetahui
hakikat komitmen mereka terhadap dakwah. Mereka menelusuri jalan yang penuh
dengan petunjuk dan cahaya. Mereka memiliki tujuan dan sasaran yang jelas
sehingga mereka dapat berjalan dengan langkah yang nyata dan meyakinkan.
Sebahagian yang lain
pula belum mengetahui hakikat komitmen mereka terhadap dakwah. Mereka melencong
dari jalan yang semestinya dilalui. Mereka berjalan sambil lewa serta
menyerahkan segalanya kepada reality kehidupan. Mereka terpengaruh dengan
individu di sekelilingnya dan mereka tidak pula mampu mempengaruhi mereka. Maka
eksistensinya (hak/kewujudan) adalah semakin jauh dengan realiti dakwah dan akhlaknya semakin
menyimpang daripada arah perjalanan dakwah dan akhirnya mereka lupa komitmen
terhadap dakwah. Dengan perkataan lain
dalam peribadi mereka tidak menemui jawapan-jawapan daripada persoalan berikut
:
Mengapa anda percaya
kepada dakwah?
Apakah fungsi dan
peranan anda di dalamnya?
Bagaimana komitmen
anda terhadap dakwah?
**Dipetik daripada Kitab
Maza Ya’ni Intima’ Lil Ad-Dakwah / Apakah Erti Komitmen Terhadap Dakwah karya
Muhammad Abduh.
……………………………………………………………………………………………………….....
Tulisan di atas ini
hanya 1/10 daripada isi kitab yang sebenar dan saya sebagai penulis yang sempat
mencatitkan beberapa lampiran ini amatlah mengharapkan sahabat-sahabat di luar
sana berusaha untuk mendapatkan buku ini. Seterusnya menjadikan ia bacaan wajib
khatam daripada senarai-senarai buku bacaan peribadi antum.
Moga Bermanfaat.
No comments:
Post a Comment