Bismillahirrahmanirrahim..
Petang tadi hujan membasahi bumi pengajian saya di perantauan
membuatkan perjalanan saya untuk pulang ke rumah agak perlahan kerana takungan
air memenuhi jalan-jalan kampung di Mesir. Petanda musim panas menghampiri. Arab pasti bersuka ria kerana air langit ini bukanlah seringkali turun seperti di Malasyia. Maka ia adalah fenomena biasa Sang Arab selepas hujan.
Saat ini saya baru usai solat isya'. Keadaan hati pada malam ini agak
tak menentu. Saya merenung diri dalam-dalam. Keadaan diri semakin merudum dari hari ke hari. Saya
melayan perasaan sehingga tiba ke muka pintu rumah sambil menaip artikel ini melalui telefon bimbit.
(Sekadar contoh walaupun tetap berhampiran pengajian) |
RASA ini pernah saya lalui ketika mana berada pada tahun dua pengajian
di Darul Quran lebih kurang empat tahun yang lepas. Saya cuba mencari apa perkataan yang sesuai yang sedang
bergolak dalam diri ini.
Hilang Fokus. Itu mungkin perkataan yang sesuai. Study tak seberapa, kerja pun tak ke mana.
Satu ketika dahulu di kampus lama, saya dan sahabat saya pernah bergiat aktif dengan aktiviti persatuan di sana. Kadang-kadang tersepak batu sehinggakan prestasi akademik jatuh dalam sedar. Dan hari ini, sekali lagi bersama teman-teman baru yang
lain membantu semampu boleh bagi menjadikan Biah Solehah di bumi Shoubra sentiasa subur. Semangat sebagai penuntut ilmu yang dulunya membara kian memudar. Keadaan
yang hampir sama. Lokasi yang berbeza.
Saya akui, ia tidaklah seberat seperti teman-teman lain yang bergiat dalam
komuniti yang lebih besar. Dan itu bukanlah perkara utama yang
ingin disentuh. Saya merasakan seperti kehilangan sesuatu di dalam
menempuhi lorong ini. Kadang-kadang rasa kosong membaluti diri. Anehnya, teman sekitar ceria sepanjang masa. Mungkin maksiat yang sentiasa dicanang, maka tak hairan jiwa sering gundah. Tak ke begitu??
Pergolakan inilah menjadi faktor utama penulisan di sini. Moga menjadi muhasabah kita bersama.
Petang tadi ketika hujan masih mencurah, saya menghadiri satu
perjumpaan bersama teman-teman sepersatuan yg lain. Banyak isu disentuh yang
mana saya akui menjadi penyembuh dan memberi ruh tarbawi kepada diri saya.
Antara isu perbincangan yang menjadi bualan adalah seputar pergerakan dakwah islam hari ini yang kehilangan MURABBI.
Murabbi itu banyak pentafsirannya.
Pada saya, Murabbi itu adalah satu jasad yang kehadirannya membuatkan Ruh Tarbiyah terasa menyusup ke dalam hati. Murabbi itu bagi saya, ibarat ibu dan ayah dalam perjuangan. Pada merekalah kita berkongsi rasa dan meminta pandangan.
Seorang teman menambah dalam bicaranya, murabbi itu adalah insan yang
mana perilakunya mendahului bicaranya. Bila dikatakan berkaitan ukhuwah, dialah
yang paling kerap melakukan ziarah mempereratkam ukhuwah. Benar. Jika dikongsikan
agar menjaga solat, pasti dirinya sudah selesai tanpa kecacatan. Jika ditegur
menjaga adab, pasti dirinya penuh dengan adab.
Pada jiwa Murabbi itu, tidak wujud istilah 'lihat pada apa yang dikata, bukan kepada siapa yg berkata'. Diri mereka adalah sosok tubuh contoh dalam gerakan. Kadang-kadang terfikir bahawa kita ini suka beralasan dengan menggunakan kata-kata Imam Hassan al-Basri dalam menyampaikan dakwah. Kadang-kadang kita sering memandang rendah pada maksiat atas hujah rahmat Allah itu luas. Itu semua benar. Namun, kekadang semua itu telah mengaburi mata kita dalam menongkah langkah dunia dakwah. Talbis Iblis. Sehingga hati tertutup dengan kesalahan. Nauzubillah..
"Dalam menempuhi hidup ini, pastikan wujud seorang Murabbi dalam diri kamu sebagai petunjuk dalam kompas kehidupan." Masih terngiang-ngiang kata-kata itu.

Hari ini lidah saya terlalu banyak menegur. Tangan saya terlalu banyak
menasihati. Ditambah lagi dengan taklifat di dalam sebuah persatuan,
menyebabkan kadang-kadang menjadi kewajipan menegur dan menasihati. Sehingga pernah
dirasakan, semakin banyak saya bercakap semakin keras hati saya membeku.
Tulisan kali ini saya iktibar sebagai warkah rindu saya kepada sahabat-sahabat seperjuangan di tempat pengajian lama dahulu. Saya anggap tulisan saya pada malam ini adalah sedikit diari hidup yang saya
bukakan untuk perkongsian bersama. Saya rindukan teman-teman pentarbiyahan saya di
bumi Malaysia yang mampu menangis bersama-sama dalam mengenang dosa. Saya
rindukan teman-teman seperjuangan yg mampu menegur dalam keterlekaan. Saya rindukan mereka yang mampu memberi senyuman walaupun kocek kekeringan membiayai program.
Walaubagaimanapun, berdasarkan catitan di tengah-tengah tulisan tadi, saya ingin khabarkan bahawa kita hari ini telah kekurangan atau mungkin kehilangannya. Maka perlu menjadi satu kesedaran kepada kita bagi mencetak jiwa-jiwa amilin dakwah hari ini agar diri mereka mampu membesar dengan membawa tittle MURABBI UMMAH.
Aku Menulis Tuk Bercerita.
Berkongsi Derita Berbahagi Bahagia.
Moga mereka semua sentiasa Tsabat atas jalan itu.
Walaubagaimanapun, berdasarkan catitan di tengah-tengah tulisan tadi, saya ingin khabarkan bahawa kita hari ini telah kekurangan atau mungkin kehilangannya. Maka perlu menjadi satu kesedaran kepada kita bagi mencetak jiwa-jiwa amilin dakwah hari ini agar diri mereka mampu membesar dengan membawa tittle MURABBI UMMAH.
Aku Menulis Tuk Bercerita.
Berkongsi Derita Berbahagi Bahagia.
Uhibbukum Fillah..
Murabbi cari murabbi.
ReplyDeleteUpdated2..
ReplyDelete