Bismillahirrahmanirrahim..
Malam ini saya terasa ingin meneliti kembali lembaran kata-kata Syeikh Fathi Yakan di
dalam kitabnya Al-Mutasaqitun Ala thoriq Ad-Dakwah. Sebelum itu, alangkah baiknya
kita hadiahkan sekuntum doa buat insan tegas Syeikh Fathi yakan ini yang telah
meninggalkan kita pada tahun 2009 yang lepas... Al-fatihah...
Sahabat yang
dirahmati Allah, satu benda wajib bagi Abnaul Harakah adalah sentiasa
memuhasabah/koreksi diri sendiri bagi memastikan tidak terjerumus dalam kalangan
mereka yang pernah tersilap langkah atau mungkin dihijabkan oleh kabus iblis
yang sentiasa memerangi jalan ini. Kita doakan agar hati-hati kita ditautkan
akan rasa kecintaan sesama kita seperti rasa cinta sesama sahabat-sahabat Rasulullah
Radhiyallah Anhum.
Kita sedia maklum, gejala
keciciran ini sudah berlaku sejak dahulu lagi. Di dalam sirah Rasulullah telah mencatatkan
perihal orang-orang yang pernah tercicir dalam jalan dakwah. Antaranya seperti
kisah sahabat yang tidak mengikut serta ke dalam perang Tabuk yang mana pernah
saya ceritakan di dalam post sebelum ini. Kisah habib bin abil Balta'ah. Kisah
Masjid dhirar. Kisah Hadhithul Ifk. Kisah peristiwa Abu Lubabah. Semua itu
haruslah menjadi cerita-cerita yang segar dalam akal kita dengan harapan ia
menjadi peringatan di sepanjang jalan dakwah kita.
Di dalam kitab ini menyenaraikan
punca-punca berlakunya keciciran. Hal ini telah dibahagikan kepada tiga faktor
utama iaitu dari sudut Gerakan, Individu dan Sebab-Sebab luar yang menekan.
Antara masalah yang
berpunca daripada gerakan adalah kerana kelemahan dari sudut tarbiyah, tidak
meletakkan seseorang di tempat yang sesuai, tidak membahagi-bahagikan kerja
kepada anggota, tidak mengambil berat hal ahli, tidak menyelesaikan persoalan
dengan segera, wujud pertikaian dalaman dan pimpinan digalaskan kepada mereka
yang tidak layak.
Seterusnya berkaitan masalah
yang berpunca dari individu itu sendiri. Antaranya adalah Tabi'i yang tidak
tetap, risau dan takut sesuatu menimpa diri dan pendapatannya, bersifat
melampau, bermudah-mudahan dan longgar, tertipu dengan kedudukan dan bersikap
menonjolkan diri, cemburukan orang lain dan yang terakhir fitnah senjata.
Pada bab yang
terakhir, Syeikh Fathi Yakan menerangkan berkaitan masalah yang datang daripada
pihak luar yang sentiasa menekan. Antara bentuk tekanannya adalah tekanan dari
sudut ujian, tekanan keluarga, tekanan persekitaran, tekanan gerakan-gerakan
bahaya dan tekanan yang bermuka-muka.
Saya memahami ada
bait-bait yang tidak jelas pada penulisan saya di atas kerana saya menulisnya
tanpa menjelaskan maksud sebenar. Seperti biasa, tulisan saya di sini hanya
sekadar pencetus semangat/membuka pintu kepada entum untuk merujuk kembali
kitabnya yang sebenar.
Saya menasihati diri
saya dan kita semua agar sentiasa memperkemaskan pengetahuan kita berkaitan
gerakan-gerakan islam agar kita tidak menjadi punca ke arah perpecahan. Cubalah
dengan apa cara sekalipun untuk kita membunuh sifat malas membaca yang ada
dalam diri kita. Kadang-kadang kita punya niat yang murni namun jika digerakkan
atas dasar semangat semata tanpa merujuk kepada tulisan/idea pakar-pakar
gerakan islam ataupun perbincangan, kita akan gagal membawa idea-idea kebaikan
menjadi idea bersifat Rahmat bagi Sekalian Alam.
Malah menjadi satu kebimbangan,
idea yang ingin kita bawa itu menjadi sebab perpecahan gerakan islam yang sedia ada. Saya pernah
terkena, dan saya harapkan itulah pengalaman kepada saya di atas jalan ini. Mohonlah petunjuk dalam setiap tindakan. Moga Allah sentiasa memimpin kita.
Buanglah persepsi, dekatilah pertanyaan dan perbincangan jika ada sebarang syak.
Buanglah persepsi, dekatilah pertanyaan dan perbincangan jika ada sebarang syak.
Terima kasih untuk perkongsian.
ReplyDeleteKena cari buku dan baca. :)
Subhanallah. Mohon share ustaz..
ReplyDelete