APA ITU
ISTIQAMAH??
Secara asas
maknanya berdiri,lurus tegak. Secara huraiannya,bermaksud tetap,konsisten dan
teguh dalam melakukan amal soleh dan ketaatan. Inilah yang disebutkan oleh para
ulama’ contohnya Imam Nawawi dalam Riyadhus Solehin sebagai beriltizam dalam ketaatan
kepada Allah.
KENAPA
KITA DITEKANKAN UNTUK BERISTIQAMAH??
Nabi pernah bersabda
: “Sebaik amalan di sisi Allah ialah apa yang dilakukan secara
berterusan/istiqamah walaupun sedikit”[Riwayat Bukhari]
CARA
UNTUK KEKAL ISTIQAMAH
1.
Bertaubat daripada segala
dosa dan maksiat kepada Allah
2.
Sentiasa berdoa kepada-Nya
memohon diberikan kekuatan dalam beramal soleh.
Kata Imam al-Ghaali : “Itulah sebenarnya Allah yang
mengajar kita untuk sentiasa memohon hidayah daripadaNya sekurang-kurangnya
tujuh belas kali dalam surah al-fatihah yang kita baca dalam solat fardhu
seharian.
3.
Mendampingi orang yang
soleh dan menjadikannya sebagai teman.
Dinyatakan dalam hadis sahih kisah pembunuh yang telah
membunuh seratus orang. Lalu dia ingin bertaubat. Maka orang alim yang
mengajarnya bertaubat menyuruhnya agar berpindah ke tempat lain yang dihuni
oleh puak yg soleh. Ini menunjukkan kepada kita kepentingan memilih teman,jiran
dan pendamping yang soleh yang akan memudahkan kita istiqamah untuk melakukan
taat dan meninggalkan maksiat.
4.
Mujahadah untuk melakukan
amal solehwalaupun bercanggah dengan kehendak nafsu. Meyakini bahawa Allah
pasti akan memberi banyakkelebihan bagimereka yg istiqamah.
Firman Allah : “Dan kalaulah mereka (manusia dan
jin) istiqamah di atas jalan (islam), sudah tentu Kami akan memberikan mereka
sebab-sebab kemewahan terutamamenurunkan hujanlebat kepada mereka. – Surah al
Jin:16 –
# ISTIQAMAH ITU
LEBIH BAIK DARIPADA SERIBU KARAMAH #
No comments:
Post a Comment