Tuesday, March 25, 2014

Antara Kita dan Guru

Bismillahirrahmanirrahim.. 

Dulu di kampus lama atau zaman menengah, bila tiba sahaja mana-mana subjek pengajian, saya sering mengelakkan diri dari dikenali oleh ustaz-ustaz pengajar. Kalaupun mereka kenal, itu hanya kerana kenakalan dan masalah yang saya buat. Tidur, Ponteng, Aktif Sukan atau sebagainya. 

Bila saya imbau kembali, ia adalah satu kerugian pada diri saya (ia kerugian bukan penyesalan kerana dengan sejarah itulah membentuk saya hari ini (n_n) ..). Kesannya, saya kekurangan guru-guru rapat yg boleh saya jadikan rujukan/murabbi dalam membaca kompas kehidupan yg akan datang. Itu kisah lama yang mana saya dan sesiapapun pasti cuba memperbaiki dari semasa ke semasa. 



Hari ini, saya memerhatikan masih wujud dalam kalangan kita yang suka menjarakkan diri daripada guru-guru sendiri. Bila hadir ke kuliah, ia meletakkan diri di hujung-hujung kerusi. Duduk di hujung bukanlah masalah yang perlu di'highlight'kan, tapi hubungan yang dibina antara guru dengan kita itulah yang menjadi permasalahan asas. Menjadikan mereka sebagai rujukan permasalahan, pertolongan dan seumpamanya adalah amat penting bagi mengikat diri kepada guru kita. Tidak kiralah di mana-mana institusi pengajian sekalipun. Tambahan pula jika kuliah di Azhar ini yg tiada kewajipan/markah kehadiran kepada para pelajar. Lantas, bila bertandang rasa malas, ia akan bebas untuk hadir atau tidak kerana dia tidak terikat dengan sesiapa.

MULAZAMAH

Bermulazamah dengan syeikh pasti akan membuahkan keistimewaan. Kalaupun bukan ilmu yg kita dapat, pasti sekurang-kurangnya adab dan akhlak mereka yang akan kita kecap. Bermulazamah dengan syeikh akan membuatkan kita segan untuk tidak hadir ke kelasnya walaupun ianya tidak wajib. Jadi, usahalah agar guru-guru kita mengenali kita. Satu perasaan yg amat tenang pada hati saya bila guru bertanya akan ketidakhadiran saya.

"Kamu ke mana??" ..
"Kamu malas! betul atau tak??" ..
"Kuatkan semangat wahai anakku!" ..
"Istiqamahlah!" ..

Itu adalah soalan yang biasanya muncul bila saya tidak hadirkan diri (macam banyak sangat tak hadir ni~).. dan ini menjadi ubat kepada semangat diri yang kadang-kadang jatuh. Semua itu saya anggap sebagai nasihat dalam dunia pengajian saya. Tika ibu dan ayah kita jauh di Malaysia, maka siapa lagi yg boleh menggantikan mereka?

Kecaknaan Syeikh/Guru pada kita adalah satu penghargaan yang besar bagi mana-mana individu sekalipun. Pernah saya ditegur ketika gagal menghadirkan diri ketika sesi talaqi bersendirian dengan seorang Syeikh pada awal pengajian saya di bumi Mesir.. 

"Kamu ke mana tak hadir sebelum ni?.. Kalau kamu malas dan tak mampu istiqamah dengan aku, silalah pergi menuntut dengan guru-guru lain. Masih ramai lagi guru yang ada di sana (sambil menunjukkan jari ke setiap penjuru masjid). Kalau kamu ingin bertalaqi dengan aku, kamu mesti istiqamah!" .. 

Cukup menikam hati. Beliau sememangnya menekankan aspek istiqamah.

Berada dalam sistem pengajian yang tidak mewajibkan kehadiran ke kuliah adalah satu cabaran besar. Ditambah lagi dengan kesibukan kita dengan aktiviti persatuan, semua itu mencabar jati diri seorang penuntut ilmu. Jadi, saya amat menyarankan agar kita semua mengikat hati kita dengan para masyaikh/guru-guru agar kita rasa segan untuk meninggalkan setiap kelas yang kita libatkan. Itu hanya satu faktor, banyak lagi faktor lain yang akan muncul bila kita rapat dengan guru kita. Tak kiralah di Malaysia atau di mana-mana sekalipun.


Ya Allah, kurniakan kami ILMU yang bermanfaat untuk diri, keluarga, masyarakat dan Islam secara umumnya..

2 comments:

  1. Dalam kelas tahun 3 Syahadah Takhassus, Tuan Guru Syeikh Hamdi (yang mengajar Ulum al-Quran) pada suatu hari pernah bertanya beberapa soalan. Soalan-soalan ini secara tidak langsung menjentik hati kita yang malas ni =D
    Syeikh tanya hari tu,
    "Bagaimana hubungan kamu dengan Allah S.W.T? Bagaimana dengan solat subuh kamu? Bagaimana dengan pandangan mata kamu? Bagaimana dengan qiyamullail kamu? Bagaimana dengan puasa Isnin Khamis kamu?"

    Terkulat-kulat kita nak menjawabnya. Kalau bernasib baik, insyaAllah enta akan ditanya di dalam kelas nanti =D

    ReplyDelete
  2. Allah2.. Bila Baba Eiil Hakim berbicara.. :-)

    ReplyDelete