Bismillah..
Alhamdulillah.. usai bermain futsal dalam pergelutan merebut Piala
Exco LIQA MAHABBAH anjuran persatuan di tempat pengajian. Walaupun tewas di
suku akhir, ianya berbaloi dengan kemunculan pertama team kami di bumi Mesir
ini. InsyaAllah semuanya akan jadi kenangan indah dalam pengajian kami di
perantauan. Pejam celik, kita dah berada dalam bulan Sya’ban. Laju sungguh masa
berputar meninggalkan manusia-manusia yang lalai dengan hiasan kehidupan yang
tersendiri. Beruntunglah mereka yang istiqamah dalam membuat amal kebajikan.
Kebiasaanya, bila enjin sesebuah mesin jarang digunakan ia akan
menjadi liat dan tidak lancar seperti yang dikendaki. Prestasi merosot
natijahnya menghampakan. Justeru, satu tindakan segera perlu dilakukan agar
enjin itu tidak terus berkarat dan tersadai begitu saja. Terutamanya BILA IA
DIPERLUKAN OLEH KITA sebagai si pengguna.
Masyarakat Islam hari ini sering menganggap Ramadhan adalah tempat
untuk kita mula melatih nafsu mempelbagaikan amal ibadah. Penulis merasakan
ianya adalah satu mind-set/cara berfikir yang perlu diubah. Ramadhan
realitinya bukanlah medan latihan untuk membuat segunung amal tetapi gelanggang
pertandingan untuk kita menyembahkan selangit ibadah. Ingat, bukan tempat
berlatih tapi tempat pertandingan. Siapa yang kuat dia akan menjuarainya.
Jauh dari satu sudut, kita tak sedar nafsu kita dah berkarat dengan
dosa noda yang berbulan-bulan kita canang. Percayalah, bila hati kita dah jadi
seperti itu, nikmat kita dalam beribadah akan terganggu. Walhal, Ramadhan
adalah tempat untuk kita berpesta dengan amal ibadah. Nama pun pesta, mesti perlakuan
yang diterjemahkan memerlukan feel yang begitu happy. Jadi, apa caranya agar
kepuasan dalam ibadah itu mampu dicapai oleh kita semua termasuk saya yang
selalu tenggelam dalam dosa??
Kini, kita berada di bulan Syaaban. Sering terdengar akan amalan-amalan
yang dikhusukan pada bulan Rejab dan Sya’ban. Amalan-amalan yang kebanyakannya
diketengahkan oleh ulama’ seperti doa khusus ataupun zikir-zikir yang
tersendiri. Saya tidak berhajat memanjangkan perbincangan berkaitan
amalan-amalan ini kerana perbincangan sebegini memerlukan kondisi yang selesa
untuk berbincang. Saya serahkan perkara itu pada Ahlinya untuk membincangkan.
Jika ada sahabat yang mahukan perkongsian belakang tabir daripada saya,
insyaAllah saya cuba kongsikan. Sejujurnya, itu bukanlah maqasid utama post
kali ini. Saya tahu perbincangan itu akan menatijahkan sesuatu yang buruk
kerana wujud golongan-golongan yang membidahkan golongan pelaku.
Sahabat sekalian, apa yang saya perhatikan, kita disarankan ulama’ agar
memperbanyakkan puasa sunat dan lain-lain ibadah di bulan Rejab dan Sya’ban
sebenarnya tersirat pelbagai hikmah. Rejab dan Sya’ban dijadikan bulan latihan
untuk kita sama-sama merebut ganjaran besar di medan pertandingan sebenar yakni
Ramdahan Al-Kareem.
Orang yang bijak adlah orang yang merancang masa depannya. Kemaskan
yang Fardhu pertingkatkan yang sunat. Sempurnakan sebaiknya ibadah fardhu.
Belajar meniarap dengan ibadah sunat. Jika sudah optimis, cuba merangkak dengan
munajat-munajat ringkas, sampai masanya pasti kita mampu berdiri dengan
pelbagai amalan dan bersedia menggalas pelbagai amalan itu untuk berlari ke
dalam bulan Ramadhan nanti. Kita belum terlambat sebab kita masih punya masa.. Ringan-ringakan
tubuh kita dengan ibadah kepadaNya agar momentum yang terhasil pada Ramadhan
nanti memberi makna yang besar pada kita. Ya, ia sememangnya sukar di awal
namun yakinlah manis di akhirnya.. insyaAllah..
Nasihat ini saya sembahkan dalam artikel kali ini kerana saya mahukan kita sama-sama mengecapi Ramadhan yang mendatang dengan feel yang terlalu happy untuk beramal
soleh. Saya juga manusia, saya yakin 11 bulan yang telah kita lalui
selepas Ramadhan yang lalu cukup untuk menjadikan nafsu kita buas dengan keindahan
dunia. Jangan tunggu lama-lama, jom kita sama-sama ubah dan tingkatkan
prestasi.. Doakan juga agar saya mampu bersama kalian dalam menghadapi medan
sebenar nanti.
No comments:
Post a Comment