Bismillahirrahmanirrahim..
PENDAKWAH
dan PEMIMPIN..
Dua individu
yang mempunyai banyak persamaan. Saya lebih menyanjung pendakwah dari
pemimpin.. kerana pendakwah jika dicampak di mana-mana, pasti ia akan
menebarkan haruman di sebalik baju yang dipakainya itu. Agak sukar untuk saya
menjumpai seorang pemimpin yang mempunyai nilai pendakwah dalam dirinya.
Kebanyakan pemimpin bekerja kerana taklifat yang ditugaskan. Bila tamat tempoh
pentadbirannya, dia kembali menjadi orang biasa. Tidak memberi peranan dalam
jalan dakwah.
Sememangnya
nilai yang ada pada dua karakter ini sangat penting bagi projek pengislahan
ummah. Namun, ia sangat merbahaya jika tersilap langkah. Pasti menghempap diri
sendiri jika tidak di atur dengan baik.
Pendakwah
dan pemimpin kebiasaan tugasnya adalah menjalankan amar makruf nahi munkar..
Setiap hari kerjanya memberi nasihat, menegur, membincangkan, menegah segala
permasalahan yang dilarang oleh Allah s.w.t. Secara mudahnya, harinya berlalu
dengan kerja-kerja membaik pulihkan akhlak manusia.
Hati manusia
bila seringkali bercakap berkaitan manusia, seringkali menghuraikan permasalah
manusia, seringkali menegur sifat manusia, ia akan membiakkan rasa sempurna
pada diri pemilik HATI tersebut. Kita risau bilamana hati mereka mula diindahkan
oleh Syaitan berkaitan amal dakwahnya. Dek kerana itulah, ada yang rasa dirinya
berdakwah tapi sentiasa lari dari keselesaan orang ramai.
Walaubagaimanapun,
jika ia dibekalkan dengan bekalan yang cukup.. HATI itu akan sentiasa terjaga
dari anasir yang boleh mebuatkan HATI itu menyimpang dari jalan dakwah ini. Kita
mesti ada cara untuk membersihkan diri sendiri. Samada wajibkan kepada diri
untuk ada seorang Murabbi. Ataupun wajibkan diri untuk ada pengisian Rohani
sekali seminggu. Sebagai pemimpin dan pendakwah, tidak dapat tidak, kita perlu
memastikan diri kita diDIDISIPLINkan dengan amalan khusus bagi membersihkan
hati untuk mengelakkan terbiaknya simpton yang mampu memburukkan hati manusia.
Disebabkan
itu, ramai yang kita lihat dari kalangan tokoh2 gerakan dakwah mempunyai amalan
khusus masing-masing. Kaedah ini dianggap penting sehinggakan Imam Hasan
Al-Banna menghimpunkan satu wirid khusus bagi manusia yang ingin meletakkan
dirinya dalam jalan dakwah yakni Ma’tsurat. Satu zikir yang dihimpunkan dari
doa harian Nabi. Tidak lupa juga buku yang mengangkat kembali aspek
pentarbiyahan bagi para pendakwah iaitu buku yang bertajuk ‘Di Sepanjang Jalan
Dakwah’ karya ustaz Mustafa Masyhur, bekas Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin.
Juga cuba
kita perhatikan ustaz-ustaz kita yang telah lama berkecimpung dalam dunia
dakwah, mereka juga mempunyai satu amalan khusus bagi diri mereka. Saya
teringat satu tazkirah dari seorang kenalan. Pernah dikongsikan tentang Tok
Guru Haji Hadi Awang berkaitan istiqmahnya beliau dalam menjaga puasa isnin
khamis. Ini kerana mereka tahu, dengan istiqamah dalam aspek tarbiyah itu akan
melahirkan satu kuasa yang istimewa.
Ayuh para
pendakwah dan pemimpin di luar sana.. tidak lupa juga kepada diri saya yang
menulis artikel ringkas ini..
Hidupkanlah
kembali hati kita agar lembap dengan rasa Ketuhanan. Istiqamahlah dengan amal
kebaikan agar menjadi penolong bagi kita. Satu amalan istiqamah itu lebih mulia
dari seribu karamah.
Kadang-kadang
bila kita bermaksiat,
kita akan
rasa lemah,
lalu hati
kita akan tidak digerakkan untuk terus beramal di atas jalan dakwah.
Bila
bermaksiat,
hukumlah
diri dengan segera beibadat,
jangan
dibiarkan ia terus mengeras,
moga ia menjadi
pencuci kepada maksiat itu dari terus merebak.
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment