Bismillahirrahmanirrahim..
9 Tahun.
9 Tahun.
Sembilan tahun saya hidup dalam dunia hamalatul Quran.
Namun, saya masih tak mampu menjadikan diri saya sebagai Hamalatul Quran yg
sebenar-benarnya. Menjadikan Al-Quran sebagai wirid saya pagi dan malam.
Menjadikan Al-Quran sebagai peneman saya dari waktu subuh sehingga Isya’. Menjadikan Al-Quran cair di dalam ingatan ini
dan juga sebagainya yang tak larat saya ungkapkan di sini. Kesemuanya gagal
dipegang seerat-eratnya.
Sedih dan kecewa kerana gagal memanfaatkan 8 tahun yang
lepas.
Namun,
Juga wujud setinggi rasa syukur dan gembira..
Syukur dan gembira kerana kini masih sekali lagi ditakdirkan
berada dalam golongan dan suasana Al-Quran di bumi baru yang jauh beribu batu dari
Malaysia. Bumi yang telah mencantas nilai putus asa yg mula bertunas satu ketika
dahulu bagi mencapai target seorang Hamalatul Quran yang sejati. Bumi yang
membenihkan kembali semangat/ruh hamalatul quran. insyaAllah..
…………………………………………………………………………………………….......................
9 tahun bukanlah masa yang singkat. Sepanjang 9 tahun saya
berada dalam dunia ini(hamalatul quran), banyak benda yang saya dapat dan
sewajarnya saya ambil sebagai langkah untuk melangkah lebih terkehadapan. Dan
seharusnya saya kongsikan sebagai peringatan kepada kita yang telah ditakdirkan
berada dalam golongan Hamalatul Quran. Segan untuk kongsikan, tetapi semangat
dari dalam terus memaksa tangan ini menaip untuk sahabat-sahabat di luar. Bukan
bermakna saya yang terbaik, tapi saya berhajat yang terbaik untuk semua teman di
luar sana. Tidak terkecuali juga kepada diri saya.
Moga catatan ringkas ini bermanfaat.. InsyaAllah.. Ianya bukan ditujukan kepada mereka yang sudah LEGEND dalam golongan ini, tetapi kepada golongan yang mencari oksigen ketika lemas dengan dunia sekeliling..
………………………………………………………………………………………………...................
Sahabat hamalatul quran yang saya sayangi kerana Allah..
KEMBALILAH PADA 'FITRAHMU'.
KEMBALILAH PADA 'FITRAHMU'.
Apa yang terpenting dari segala yang terpenting bagi seorang
Hamalatul Quran adalah PERLU MENJIWAI bahawasanya kalian adalah HAMALATUL QURAN…
Tidak dapat tidak, kita perlu mewujudkan RASA SAYANG akan
gelaran yang pernah ada atau masih ada dalam diri kita. Kita perlu mewujudkan RASA
MALU untuk memikul gelaran ini supaya kita sentiasa berwaspada dalam segala
tindakan kita. Kita perlu mewujudkan setinggi SYUKUR kerana ditakdirkan berada
dalam golongan ini.
Jika perkara di atas dah lenyap dalam diri kalian. Cubalah
cari bagaimana langkah nak hidupkan kembali hati itu. Antara cadangan saya,
ziarahlah kembali dunia yang telah melahirkan kalian ke dalam golongan
hamalatul quran (sekolah, kolej dan seumpamanya).. Usahalah untuk jadikan
kehidupan seharian kalian bersangkut paut dengan kehidupan penghafal Al-Quran,
jadi imam solat, setiap pagi selepas subuh pasang Al-Quran, pastikan alarm pengejut
subuh ataupun muzik iringan ketika kalian ingin tidur di’set’kan dengan lagu
berunsurkan Al-Quran, berunsurkan penghafal al-Quran ataupun terus dengan
menghayati alunan Al-Quran dan pelbagai lagi kaedah yang boleh kalian fikirkan…
Cubalah..
Usahalah..
Lahirkan kembali gelaran berharga yang mungkin telah berdebu itu.
Usahalah..
Lahirkan kembali gelaran berharga yang mungkin telah berdebu itu.
Seterusnya, antara perkara terpenting yang perlu berterusan
bagi kita adalah usaha bagi menjaga ayat yang telah kita hafal.
Perhatikan, saya tak menekankan PENJAGAAN tapi saya menekankan USAHA. Andai wujud
rasa putus asa dari menjaga ayat Al-Quran dalam diri kalian, itu adalah MALAPETAKA
yang cukup besar berbanding dari PERASAAN MALAS untuk mengulang ayat-ayat
Al-Quran..
JANGAN PUTUS ASA.
Jangan putus asa untuk mengulang ayat-ayat yang telah kalian
hafal sebelum ini. Walaupun kerap kali kita lupa.. teruskan juga.. Paling kurang, usahalah untuk pastikan ada
yang kalian ingat sebetul-betulnya. Biarlah ia sedikit sekalipun, tapi
jadikanlah ia sebagai ALAT atau TAPAK bagi memastikan semangat untuk mengulang
itu sentiasa berterusan.. andai gagal untuk menambah surah yang mampu dipegang
sebaiknya, kembalilah pada tapak yang kalian bina sebelum ini dan mulakan semula
dan begitulah seterusnya..
Terakhir untuk pesanan di ruang blog ini,
JAGALAH DIRI KITA DARI MAKSIAT.
Kerana mengertilah, maksiat itulah yang membuatkan kita dari
MALAS MEMBACA AL-QURAN, atau dalam erti kata lain, maksiat itulah yang
mentebabkan kita malas MENGULANG.
Dan kerana malas mengulang itulah, dari sehari ke sehari,
ingatan kita pada ayat/surah tersebut akan mula hilang dan luput..
Maksiat itu bukan pada mata dan mulut sahaja. Tapi pada
segala yang menempel pada diri kita. Mungkin pada kaki kita wujud maksat harian,
tangan, telinga, bahkan PERUT tidak terkecuali dan boleh jadi menjadi aspek
terpenting untuk kita awasi..
Secara mudah, jagalah anggota zahir yang ditulis dalam ilmu
Tasawuf. Mata. Telinga. Lidah. Perut. Kemaluan. Tangan. Kaki.
Ya.. sememangnya sukar.. tapi yakinlah jika TIGA perkara di
atas dititik-beratkan, maka rasailah sendiri
kemanisan yang insyaAllah akan dihadirkan dalam diri kalian... Allahurabbi,
bila bercakap soal kemanisan, tiada siapa yang dapat mengungkapkannya melainkan
kita sendiri yang telah merasainya sebelum ini. Nikmat ingat hanya sejuzu’
Al-Quran itu pun sudah x terkata, apatah lagi nikmat mampu mencairkan 30 juz
dan mampu hidup sebagai golongan Hamalatul Quran yang sejati. InsyaAllah..
Jika dihadapkan kepada saya, dan dibandingkan akan dua
inidividu. Seorang yang cair hafalannya dan seorang lagi baik akhlaknya. Maka,
sudah tentu saya lebih memilih orang yang baik akhlaknya. Namun, tak bermakna
kualiti hafalan harus diketepikan! Apa yang saya maksudkan, iringlah akhlak kita dengan kualiti seorang hamalatul quran yg sebenar..
Kepada sahabat-sahabat saya di luar sana, lakaran ini pasti takkan
memberi makna jika hanya dibaca tanpa mempraktikkannya. Usahalah semampu yang
mungkin. InsyaAllah kita adalah insan yang terpilih. Sekali lagi saya ungkapkan.. segan untuk kongsikan, tetapi semangat dari dalam terus memaksa tangan ini menaip untuk sahabat-sahabat di luar. Bukan bermakna saya yang terbaik, tapi saya berhajat yang terbaik untuk semua teman di luar sana. Tidak terkecuali juga kepada diri saya.
Akhir sekali, saya tinggalkan lagu ini bersama sekeping
gambar untuk tatapan hari-hari yang akan datang…