Bismillah..
Hari ini saya akan terus menulis. Saat ini lebih kurang 5 tahun saya bergelar budak U, lepasan sekolah menengah, atau istilah orang ramai seorang mahasiswa. Ye la kan,, MAHASISWA la sangat..huhu.. Sepanjang 5 tahun penulis mendapat title ini, banyak yang saya kutip dari madrasah kehidupan seorang mahasiswa. Terlalu banyak. InsyaAllah jika berkesempatan saya akan kongsikan bersama sahabat-sahabat di ruangan kecil ini satu demi satu pada masa akan datang.. biznillah.. insyaAllah..
Hari ini saya teringin untuk
berkongsi berkaitan satu perkara yang sinonimnya dikaitkan dengan mereka yang
bergelar mahasiswa iaitu kehidupan berpersatuan. Namun, lakaran hari ini
bukanlah berkaitan galakan menyertai persatuan tapi cuba menyingkap satu
perkara di sebalik pengaruh sesebuah persatuan/organisasi umum.
Sepanjang bergelar budak U ini,
saya sempat bernaung di bawah dua bumbung persatuan induk iaitu di tempat
pengajian diploma dan ijazah hari ini. Saya merasakan wujud dua perbezaan di
antara dua persatuan ini iaitu dari segi cara membina pengaruh ahli. Sayacuba meneliti apakah punca yang membezakan pengaruh persatuan ini. Rupa-rupanya
kerana wujud satu golongan yang terlalu berperanan membawa hadaf pemikiran ahli
menuju matlamat yang dibawa kesatuan umum.
Golongan Ilmuwan yang berfikrah
berbeza dengan golongan Ilmuwan biasa. Di tempat yang baru ini, saya melihat
tenaga-tenaga pengajar kebanyakannya dipelopori oleh golongan-golongan ahli persatuan
yang berilmu dan punya fikrah. Perlu sedar ada perbezaan di antara orang
berilmu sahaja dengan orang berilmu yang disertai fikrah pengislahan. Bezanya
adalah ilmu yang ada dalam dadanya dibiaskan melalui cara yang menyatukan.
Peranan mereka terlalu besar
untuk sebuah kesatuan umum di sini. Boleh dikatakan setiap kelas
pengajiannya/talaqi bersamanya, mereka akan menyelitkan matlamat seorang
penuntut ilmu dan dikaitkan dengan amal ijtimaie bersama persatuan. Merekalah di
antara sosok yang berperanan menyelaraskan pelbagai pemikiran yang ada dalam
kelompok mahasiswa agar terarah pada pembawakan sesebuah persatuan, bukanlah
memandai sesuka hati mengikut semangat berdarah muda.
Lalu dengan cara yang mereka bawa ini, ianya telah mewujudakan Wehdatul Fikr Wehdatul Amal yang cukup nyaman. Ahli-ahli yang bernaung dibawahnya mampu diuruskan cara pemikiran untuk disalurkan dengan cara yang betul. Namun, tidak bermakna 100% ahli berjaya dibentuk dengan konsep wehdatul fikr wehdatul amal. Masih ada juga yang tetap dengan prinsip peng’islahan’ mereka. Cuma teknik penggunaan ahli yang berilmu dan punya fikrah ini jarang digunakan di tempat persatuan lama. Juga tidak bermaksud mengatakan pengaruh persatuan lama lebih kecil berbanding persatuan yang penulis berteduh hari ini. Risau jugak andai sahabat-sahabat silap menafsirkan maksud utama penulisan ini.
Cuma yang ingin saya cerahkan
adalah peranan individu yang berilmu dalam menyuluh arah matlamat kehidupan si
penuntut ilmu. Adalah menjadi harta yang cukup berharga bagi sesebuah kesatuan
umum jika mempunyai karakter seperti ini. Jadi, saya menyeru seluruh
persatuan yang wujud dalam kelompok mahasiswa agar memberi fokus kepada
mahasiswa bukan dari segi bantuan kebajikan kewangan @ kemahiran semata-mata,
tapi pertingkatkan juga kebajikan dari segi keilmuan sang Mahasiswa.. agar
suatu hari kelak, ia mampu menjadi penuntut ilmu yang mampu membiaskan ilmunya kepada
masyarakat sekeliling..
Sebenarnya telah wujud ramai
individu yang boleh memimpin, namun sedar tak sedar kita kekurangan Ulama yang
sepatutnya menjadi check n balance untuk Umara’. Jom islah diri..